ENTRI 12 : 2 TIPS ANAK MAKAN SAYUR,

CATATAN : RAIHAN NOORDIN
FOTO : HQ ANA EDAR


Letak aje semangkuk sayuran depan mata anak, komfem tengok aje pun idak kan?
Lebih kecewa ditolaknya ketepi dan ambil lauk yang lain saje. Aduyai ibu sanggup berhabis masa tenaga dan lagi semangt siap menggoogle macam2 resepi untuk anak. Dihias dengan rupa menarik tetap juga tak mahu dicuba.
Anda dah cuba 3 tips di bawah? Ha ni yang Kak ann cuba buat dengan Amshar. Sesuai untuk anak berumur 7 tahun kebawah.
1) Amshar ni sangat admire dengan watak watak kartun dalam rancangan youtube (tv jarang kak ann tengok dengan dia).

Ada satu episod upin ipin menjadi morning 'lesson' amshar. Episod tu memang bercerita tentang khasiat buahan tempatan dan sayuran. Memang amshar nak mencuba rasa sayur wpun dia tak makan banyak tapi bila dia tengok upin dan ipin makan dan kata carrot boleh cantikkan mata heheh kemain dia makan.
Siap terus tanya, Mummy cantik hensem dah kan mata amshar?! Hihih
So mummy pun apa lagi mereka ceritalah semua sayuran dengan watak2 hero yang lain. cthnya: Amshar tau tak superman tu kuat badan hensem camtu sebab apa? sebab makan sayur la.wpun tak sedap dia makan dengan bangga sebab dia nak badan dia sihat kuat supaya boleh tolong lagi ramai orang. heeee😁🤣.
Image may contain: 1 person
2) Beri masa pada diri sendiri *sbg ibubapa utk mencari mood dan cara terbaik untuk anak. Setiap anak berbeza tetapi cara lebih kurang sama.
Jangan mudah putus asa, lakukan dengan tenang dan enjoy untuk anak dan anda.
3) Dalam satu hari ambil masa 5-10min beraktiviti tentang sayur dan buah. Buat jus sama2, mewarna sayur, memasak sayur, sambil bercerita apa sebab anak secara personal perlu ambil sayur.
cth Amshar kan suka tengok cerita kat Tab, kalau hari2 tengok omar dan hana di youtube nanti cahaya tab tu rosakkan mata dan otak . Tapi kalau makan sayur semua yang amshar tengok buat amshar jadi hebat! 😋😋
-----
Bercerita @ bibilotherapy juga merupakan cara terbaik untuk bantu anak melalui proses pembelajaran dan memahami konteks dgn lebih mudah dan menyeronokkan.
Pembelajaran dan 'behavior change' adalah proses . Ibu ibu jangan mudah putus asa. Biar anak faham dahulu, dan perhatikan emosi dan penerimaan anak.
keep try and error. Kenalkan sikit2 semua jenis sayur mungkin ada yang dia tak suka tapi sayur lain dia suka, cth amshar tak suka sawi tapi bayam dia suka,
wpun sekarang setiap 'meal' dia taklah ambil sayur yang banyak tapi dalam sehari ada juga 1 menu yang dia cuba.
Image may contain: food
Yang pasti pagi dan malam khasiat bayam memang amshar dapat dr Qaseh Gold Junior. Tak semestinya makan sayur kena makan dan rasa pahit kan!
Junior komfem sedap!!
Semoga ibu2 diberi kuasa 3 boboboy untuk terus beri yang terbaik untuk anak2. heheh
amin...

No comments:

Post a Comment

ENTRI 17 : 5 Kesilapan Ibubapa buat Anak Sukar Dengar Cakap

TEKS : RAIHAN NOORDIN FOTO : RAIHAN NOORDIN Ini isu paling biasa sebenarnya hampir setiap ibubapa. Mengapa anak sukar nak dengar kata....