ENTRI 17 : 5 Kesilapan Ibubapa buat Anak Sukar Dengar Cakap

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN

Ini isu paling biasa sebenarnya hampir setiap ibubapa. Mengapa anak sukar nak dengar kata. Kadang-kadang sehari boleh buat ibu sakit jantung , mana taknya semuanya di bantah dan buat perangai. Paling pening bila tantrum di depan public. Aduh duh duh stressnyaaaaaaaaaaaaaaa....

Jarang sekali sebenarnya ibubapa perasan yang ada beberapa kesilapan dari kita sendiri yang kita tidak niatkan untuk lakukan didepan anak anak tetapi ia menjadi contoh anak untuk meniru.


Mari semak dengan kasih sayang, beri ruang pada diri untuk renung sejenak mengapa anak sukar mendengar cakap.





1. IBU BAPA SENDIRI TAK DENGAR CAKAP SESEORANG YANG LEBIH TUA

Mungkin anak anda pernah lihat anda tidak dengar orang yang lebih tua- contohnya seperti ibu bapa anda, suami atau isteri.
Bila dia nampak cara dan akhlak kita begitu, dia pun tiru. Mungkin pada pendapat mereka itulah caranya untukbehave
Yang penting adalah untuk anda lebih peka akan kelakuan anda.
Ibu nak ingatkan dengan penuh kasih sayang, bahawa anda adalah pemimpin kepada anak anda.  
Contoh ibarat anda panjat bukit, anda sudah ke hadapan, dan anak di belakang. 
Jadi dia akan ikut cara anda. Walaupun ada jalan lain tetapi dia akan cenderung melihat dan mengikut cara anda.
Dia ada idea dia sendiri dan dia ingin buktikan idea dia.
Dia mahu anda dengar idea dia. Nampak mcam dia tak dengar cakap tapi apa yang anda perlu buat ialah berikan dia ruang untuk bercerita.

2.ANDA PERNAH BUAT TAK TAHU APABILA DIA MEMINTA SESUATU

Cuba anda ingatkan semula, pernah atau tidak terjadi kejadian anak anda minta sesuatu tetapi anda buat tak tahu.
Atau kadang-kadang anak anda cakap atau cerita sesuatu, anda tidak sedar atau peduli.
Mungkin kerana anda tengah sibuk dengan kerja anda.
Jika pernah, pada pemikiran anak anda, itulah behaviour yang dia belajar.
Jadi dia pun akan melakukan perkara yang sama. Ataupun jika dia dengar pun mungkin kerana dia takut akan anda.

3. TIDAK MENGHORMATI PANDANGAN ANAK. Dengar dahulu pandangan anak, ulang apa yang anak cakap dan barulah terangkan apa yang kita mahukan. Sejauh mana kita mahu anak mendengar dan terima apa yang kita katakan begitu juga anak mahu kita mendengar apa yang dia mahukan.

Beri ruang anak dan kita sendiri berfikir dan menilai sejauh mana baik buruk kemahuan dia dan kita. Cuba cari titik persamaan atau win win situation. Jika ia melibatkan keselematannya ceritakan dengan nada kasih sayang bukan marah. he he he.

'Pause' selepas kita bercakap , biarkan suasana diam seketika, dan katalah. okay sekarang abang pilih dan fikirlah. Jika apa2 terjadi abang mesti berani hadapi.

Anak mungkin akan mengalah dengan muka masam, terus peluk dan katakan sekali lagi yang anda 'sayang' bukan kerana dia memilih untuk ikut kata kita tetapi kerana dia buat keputusan yang bijak. 'Abang Hebat!" Alhamdulillah....


4. TERLALU MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN.

Dalam tidak sedar kita sentiasa mahukan kesempurnaan untuk anak. Kita sebagai ibubapa sudah tentuanya mahukan yang TERBAIK! tetapi paling sempurna tidak semestinya terbaik bagi anak diusia mereka. 

Kita sendiri sebagai ibubapa tidak sempurna manakan mengiginkan anak yang mampu lakukan dan buat semua perkara dengan sempurna. Yang terbaik adalah dari Allah swt. 

Allah swt tidak memberi semua yang kita mahukan, dia beri ujian dan kadangkala kehilangan . Dikaca mata kita sudah pasti itu bukan yang terbaik. Tetapi Allah swt menyayangi hambaNya dengan memberi ujian sbg tanda sayang kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Mintalah denganNya untuk mendapat anak yang sempurna. Anak yang sempurna adalah anak yang tidak mudah takut dan putus asa dengan membuat kesilapan dan mencuba sesuatu yang baru hingga berjaya.

5. GENIUS STATE

Apa itu ‘GENIUS STATE’? – Ianya adalah satu keadaan apabila anda sedang ralit melakukan sesuatu dengan sebegitu kusyuk dan fokus.
Apa yang selalu berlaku, ada sesetengah ibu bapa apabila melihat anak sedang bermain,
mereka akan ada satu tanggapan yang dia sedang membuang masa.
Sebab bermain itu adalah membuang masa. 
Tetapi bagi anak,  bermain adalah cara dia belajar.
Contoh anak usia 10 tahun, dia sedang bermain. Sebenarnya dalam dunia dia mungkin itulah istana dia.
Segala benda dari luar dia tak sedar. ‘Genius state’ sangat penting untuk seseorang itu ada supaya dia boleh fokus dengan apa yang dia sedang buat.
Tetapi apabila sering diganggu lama-lama dia tak boleh nak fokus. 
Itu yang akan ada masalah anak susah nak fokus
Sebenarnya semasa anak anda  dalam ‘genius state’ dia tak dengar pun apa yang anda cakap.
Jadi bila tak dengar, dia tidak menyahut. Bila tak menyahut, ada yang akan labelkan “kenapa tak ikut cakap mak?”Yang lebih teruk sampai tahap marah dan pukul anak.
Lainkali kalau  anda panggil 2-3 kali tetapi tidak disahut, anda pergi tengok apa sebenarnya yang dia sedang lakukan.
Okay, pasti ada yang nak tahu bagaimana cara nak break the genius state.
(http://iburose.com/2017/08/25/3-langkah-mudah-anak-dengar-cakap/)

Bantu emosi anda stabil dan Anak dengan Qaseh. Tryptophan dalam kurma, zaafaran dan delima memberi signal pada otak anda dan anak untuk menerima mesej lebih tenang dan relax. 

QJKids Expert Team
0129321366

No comments:

Post a Comment

ENTRI 17 : 5 Kesilapan Ibubapa buat Anak Sukar Dengar Cakap

TEKS : RAIHAN NOORDIN FOTO : RAIHAN NOORDIN Ini isu paling biasa sebenarnya hampir setiap ibubapa. Mengapa anak sukar nak dengar kata....