ENTRI 16 : ANAK SEMBELIT.

Teks : Dr Pakar Kanak-Kanak Adda

Assalam & selamat malam semua.

Saya dapat banyak soalan ttg bayi 2-3 bulan yg "sembelit"...istilah yg menggambarkan baby tak berak lebih drpd 3 hari sampai seminggu.
Selalunya parent salahfaham ttg istilah sembelit yg bermaksud baby keluarkan najis yg KERAS & menyakitkan setiap kali bayi membuang.
Kadang2 luka bahagian anal opening.

Ia berbeza dgn "functional constipation" yg baby buang najis yg LEMBUT dan BANYAK setelah berhari2 tidak membuang.
Keadaan ini disebabkan oleh
1) perkembangan sistem saraf & mengawal otot2 rektum (pundi najis) bg pembuangan najis bayi.
Ia berkaitan dgn development of stretch reflex dlm pundi najis baby, utk menerima ransangan (ketegangan/stretch) yg cukup utk menolak najis seperti kita semua yg dah besar ni. Semasa baru lahir...baby belum ada stretch reflex yg matang, di mana, wlpn najis sedikit, ia tetap keluar wlpn hanya dgn buang angin / "kentut"...
Apabila stretch reflex starts to develop normally, pundi najis bayi akan tunggu najisnya terkumpul berhari2 hingga banyak utk menghantar ransangan kpd saraf & saraf bgtau suruh buang...
Maka berhari2lah bayi tak buang najisnya. Bila baby kentut aje...sangat busuk sbb anginnya melalui najis yg tersimpan berhari2.
Tapi bila dah buang tu...memang najisnya penuh melimpah dlm lampinnya kadang2 berkali2 kena tukar...lucu pulak kanπŸ˜‚
Selalunya, perut bayi tidak keras, masih happy, menyusu macam biasa, boleh kentut yg busuk & tidak muntah yg luar biasa....yg penting beratnya naik mendadak.

2) Kenapa baby ambil masa berhari2 utk simpan najisnya?? Ok, kena ingat bhw baby minum susu utk tumbesaran kan...So, semua makanan diserap dgn begitu baik utk penambahan otot2 & tulang2nya, terutama susu ibu yg senang hadam. Maka najis yg terhasil sangat sedikit & ia perlukan berhari2 utk dikumpulkan dlm pundi najis supaya dapat ransang stretch reflex, to defecate (berak).
Ibu akan perasan yg berat bayi naik dgn cepat...& ini mmg keadaan normal bila kita lihat carta tumbesaran mereka (WHO standard growth chart 2006), or KKM punya...berat bayi naik dgn cepat drpd umur 1-4 bulan pertama. (Boleh rujuk carta berat anak masing2 ya)😎

Ada bayi yg meneran sehingga merah2 mukanya & badannya semua tegang...ini namanya INFANTILE DYSCHEZIA.
Sebenarnya saya pernah post artikel ttg "infantile dyschezia"...baby seolah2 meneran & mengerang semasa nak pass out najis yg lembut... mcm sakit aje bunyinya kan?? Actually baby tgh belajar utk meneran mcm kita juga, bagi tekanan utk tolak najis keluar...actually nothing is serious with this action ok...kecuali najis yg baby keluarkan itu keras, ibu perlu risau & bawa jumpa doktor.

Ada kes yg tak normal di mana baby sudah ada masalah sembelit ni seawal 1-2 hari selepas dilahirkan atau jika baby selalu menangis kesakitan, muntah2 yg teruk, berat tak naik, susah nak buang angin / kentut serta perutnya keras bila diurut.
Jika ada tanda2 spt disebutkan ini, bawalah segera jumpa doktor pakar sbb kemungkinan anak ada masalah Hirchsprung Disease...sebahagian otot pundi najisnya or rectum ketiadaan saraf (ia masalah congenital yg perlukan operation)...atau ada masalah usus tersumbat yg lain.

Setakat ini dulu saya coretkan utk jawab soalan2 yg sama drpd berbelas2 pm kat fb personal saya.

Wassalam.

ENTRI 17 : 5 Kesilapan Ibubapa buat Anak Sukar Dengar Cakap

TEKS : RAIHAN NOORDIN FOTO : RAIHAN NOORDIN Ini isu paling biasa sebenarnya hampir setiap ibubapa. Mengapa anak sukar nak dengar kata....