ENTRI 9: 4 KESAN BURUK JAJAN PADA ANAK-ANAK

CATATAN : RAIHAN NOORDIN

KASIHANKAN ANAK, KASIHAN LAGI BILA ANAK SAKIT
.
.
Parti 'Birthday' di sekolah adalah saat ditunggu-tunggu anak-anak. Terutama anak-anak perempuan, masa untuk pakai cantik-cantik!
.
.
Yang tak cantik adalah terlalu banyak makanan jajan yang disediakan oleh ibu bapa murid yang terlibat.
Harga makanan jajan yang lebih murah menjadi pilihan untuk buah tangan kawan anak-anak. Kesihatan anak-anak dipertaruhkan hanya kerana pilihan IBU BAPA berdasarkan kos.
.
.
Sedih!
.
.
Ibu bapa yang belum tahu keburukkan makanan jajan, jom baca moga kita mampu berubah untuk menjadikan masa depan anak-anak lebih baik.
.

MEH BACA APA DR TAUFIQ RAZIQ CAKAP
Keburukan jajan
Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan.
  1. Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi tak ada nilai nutrisi.
  2. Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.
  3. Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan kepada IQ kanak-kanak.
  4. Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Kesannya? Seumur hidup!
Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘penyakit orang dewasa’ dah mula menyerang kanak-kanak. Ini lah zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.
Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita.
jajan
PUSAT KONSULTANSI QASEH GOLD JUNIOR SHAH ALAM/BSP
RAIHAN 012 9321366

No comments:

Post a Comment

ENTRI 17 : 5 Kesilapan Ibubapa buat Anak Sukar Dengar Cakap

TEKS : RAIHAN NOORDIN FOTO : RAIHAN NOORDIN Ini isu paling biasa sebenarnya hampir setiap ibubapa. Mengapa anak sukar nak dengar kata....